Thursday 10 May 2012

CADANGAN::KEM WAJADIRI&MANDI MINYAK 2012


cadangan tarikh: [12,13,14 jun 2012 atau 5,6,7 julai 2012]
Cadangan Tempat:[dusun resort@mada resort kota O@kem rimba taqwa@ulu lenggong baling@PJ camsite,]
Tempat dan tarikh seperti dicadangkan tetapi belom diputuskan kerana wakil2 akan pergi survey tempat dan bajet dulu..semua anak gayong diminta membuat persiapan dari sekarang,,,,,siapa yang ada cadangan tempat di alu-alukan memberi cadangan..

Friday 4 May 2012

Assalammualaikum................
aktiviti akan datang pada 16,17,18hb kepada semua anak2 gayong malaysia negeri kedah... Dato' ady telah memberi kata putus untuk kita  mengadakan seminar gayong di kem motivasi  kuala nerang kedah (iaitu pengkalan tokmas)  ... diminta semua anak2 gayong negeri kedah(bengkong merah & ketas sahaja) sama ada yg tinggal di kedah mahupun  yg berhijrah diminta hadir pada tarikh tersebut untuk memeriahkan lg majlis ini...

Saturday 3 March 2012

Sejarah Penubuhan Gayong

  Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia.

Friday 2 March 2012

lirik lagu rasmi GAYONG MALAYSIA


Dengan Bismillah mula dikata
Mengingati kebesaran Allah yang Mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan mahulah diserta
Seni Gayong Payung Pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan dipurbakala
ilham menyusul zahir semula
Niatnya bersih, baunya suci
Berseni kepada Putera dan Puteri
Agama yang Mulia dijunjung tinggi
Belalah bangsa adat dan negeri

chorus
 
Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat Sejahtera hajat dituju
Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju

Thursday 23 February 2012

LAWATAN PSSGM KUALA NERANG KE PUTRAJAYA & TEMPAT2 BERSEJARAH GAYONG.


Pada 23/2/2012 PSSGM kuala nerang telah mengadakan lawatan selama 3 hari 2 malam  ke putrajaya dan tempat besejarah gayong,,,lawatan ini telah di sertai seramai 44 orang perserta terdiri dari AJK dan Majlis gurulatih dan pembantu Jurulatih.lawatan ini dibuat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri iaitu imam khalifah di putrajaya dan seterusnya melawat tempat bersejarah gayong .lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan lebih mendalam kepada ahli2 gayong padang terap..