Saturday 3 March 2012

Sejarah Penubuhan Gayong

  Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia.

No comments:

Post a Comment